Thursday

Trauma

All praise to Allah .

Almost a week da aku cuti . Minggu lepas , mcm2 jadi dalam hidup aku . Termasuk hampir melayang nyawa masa otw balik kampung dari KL . Allah masih pinjamkan nyawa . Alhamdulillah . Banyak lagi dosa yang aku belum tebus 😩😩
Lepas abis jpj , terus gegas gi tbs utk cari tiket . Around 3pm . Sampai je , akak kaunter tu cakap , tiket baru sesaat habis dik . Adehh . Nasib la kau . Pening pikir cane nak balik . At last , aku pilih utk ambik tiket penang . Balik sekali ngan kawan .   mula2 ingat nak bagpacking merantau negeri penang la (acah je padahal dekat) ,, bila bgtau mak tiket da abis , mak kata minta driver drop je kat rnr semanggol . Okey , x terfikir langsung .

So nak dijadikan cerita , masa naik bas tu , hati da mula gelisah .macam ada benda x kene je . Rasa x sedap hati . Mungkin sebab penat sama kot . So not in mood . Masuk2 bas terus tidur . Tapi x nyenyak pon la . Sikit2 terjaga . Mn tak nya , driver bas tu hisap rokok . Aku da la memang anti (sorry to say bro) . Kat dinding bas tu terang2 tulis no smoking . Haihh . Dari tbs ke susur keluar KL , hampir 4 batang rokok jugak la dia hisap . Boleh bayang mcm mn aku sesak nafas ddk kat seat depan sekali tu . Mabuk kenderaan lagi satu masalah aku . Bercampur2 jadinya . Terseksa rasa 😭😭
Masa kat highway , biasa la . Bas laju ya amat . Mentang2 la jalan highway , Xde trafik light . Tapi kali ni , driver siap pakai earphone lagi . 2 kesalahan dah dia buat
 Ehh 3 kesalahan . 1)hisap rokok dlm bas 2)bawa laju 3)pakai earphone semasa memandu . Sabar je la 😒 hari hujan . Jalan basah . Dia pulak bawa laju . Aku ddk kat seat tu rasa nak nangis je . Takut tau tak !! Tetiba terdetik nak whatsapp jiha . Bgtau jiha rasa x sedap hati . Sempat bagi no plat bas . Mula la dpt pesanan bertubi2 . Haha . Thanks jiha 😘
Ok sambung , masa sampai kat ipoh , ada kereta rosak ke apa ntah x pasti , bas yg aku naik tu da laju . So bila tetiba ada hazard kat tetengah jalan , guess what . Bas mmg x sempat la nak stop . And finally bas hentam belakang kereta tu . Semua yg tgh tidur nyenyak dalam bas terjaga dengan serta merta sebab bunyi hentakan yang terlalu kuat & bas da hampir terbalik ke seberang jalan . Masa ni , betul2 jadi depan mata aku . Aku duduk seat depan so nmpk dengan jelas apa yg jadi . Trauma rasa nak naik bas lps ni . Huhu . So lepas tu , soh seh soh seh , kami kne tukar bas lain . Sbb bas tu da rosak teruk kat bahagian depan & driver kne tahan ngan polis .
Bila da tukar bas , alhamdulillah  . Cuma driver kali ni pon lelong2 je bawak bas . Berapa kali salah lorong huhh .
Dlm pkl 1 camtu  baru sampai rumah . Kalau ikut kan pkl 11 da sampai . Yes , Allah knows better kan .ada hikmah . Allah bagi peluang lagi utk berbuat baik dan perbaiki kesilapan .

So , tu je nak citer .
Last ,
Moga aku dan kau sentiasa positif dengan setiap inci perancangan Allah ✌

Sunday

End of 2015

Assalamualaikum and hai
Alhamdulillah masih bernafas harini .

Yeah , takde niat nak update the blog(lupa email & password sebenarnya) but then bila kau sibuk2 nak exam time tu la jugak tangan ni kalut2 nak update blog bagai . Its been 2 years without any entry (hoyeahhh , malas)

Bila tangan tetiba mencuba utk menerobos blog , and tetiba berjaya , so aku update la sikit 😊

Cerita pengalaman yang tak seberapa.. haha .
Dulu , lepas abis spm , nekad sgt nak teruskan pengajian kat matrik . Biasa la zaman hip hop ( la sangat) 😕 ,semua nak ikut kepala sendiri je . Sampai lupa aturan Allah tu jauh lebih cantik .
Sekarang , pejam celik pejam celik , da final year . Year 3 semester 5 . How time flies huhu . Rasa macam baru semalam menangis x nak pindah dari matrik (lol haha) .

But yet now aku tau , Allah is the best planner . And mak ayah jugak da buat keputusan terbaik utk aku . Memang dari dulu aku asyik ikut cakap mak ayah aku je eventho dalam hati memberontak . Tapi bila difikir-fikirkan , pilihan mak ayah aku selalunya adalah pilihan yang terbaik dan sangat tepat .
Lepas UPSR , dapat tawaran SMKA dan aku meraung2 taknak pegi . Why ? Sebab xnak ddk asrama and xnak sekolah agama (sorry aku degil dulu) . Tapi bila mak ayah pujuk dan pujuk , akhirnya termakan jugak pujuk rayu tu . Then lepas abis PMR , kene keluar dr SMKA tapi aku pulak beria2 minta stay . Haha . Sebab da jatuh hati ngan tarbiah smka . Kalau la dulu mak ayah tak paksa aku masuk smka , tak tau la apa jadi sekarang . Lintang pukang mungkin . Huhu . Abis SPM , sedih sgt nak tinggalkan smka . Kat situ diri mula dicuci dan ditarbiah . Terima kasih warga smka dan sahabat2 . Tanpa kalian siapalah aku (cewahhhh) .
Then,dapat sambung matrik , mula2 xnak pegi , sbb jauh and xde kawan (masalah paling besar) , pastu call jiha tanya dia dapat mana . Jiha kata tercampak jauh dari perak . Dapat matrik banting , and I was like " jihaaaaaaaaaaa!! Kita sama matrik yeayyyy . " hati mula terima utk pegi sambung belajar kat matrik . Dengan semangat dan azam yang tinggi . Keh3 . Then , hari nak daftar matrik tu is hari pengumuman kemasukan ke ppum . Aku bukak portal senyap2 sbb xnak bg ayah tau . Kalau ayah tau confirm ayah suruh pegi ppum . Aku nak pegi matrik sama2 ngan jiha . Then , masuk la aku ke matrik . Seminggu mengadap orientasi , masuk minggu kedua da start kelas . Masa minggu kedua tu , mak call cakap ayah suruh pegi ppum . Alamak , mcm mn plak ayah boleh tau . *mak bgtau huhu . Dan mula la aku menangis setiap malam sebab xnak pindah . Merayu2 cakap nak stay matrik (cengeng overload) . Siap buat istikharah lagi haaa . Hati rasa nak pegi ppum , tapi mulut berkeras ckp nak stay . Ada satu peristiwa yang buat aku sedar aku kene ikut cakap mak ayah aku walaupon aku xnak masuk bidang nursing . Rasa sebak bila ayah datang ambik . Masa jumpa pengetua matrik (xingat panggil apa) , dia provok suruh stay and cakap dia x izinkan aku keluar dari matrik . Dan tetiba air mata menitis berjurai jurai depan dia . Tak kira malu dah masa tu . At last , dia faham and dia benarkan .
June 2013 , aku daftar masuk ppum . Hati menolak dan menolak . Rasa seksa sangat bila budak akaun convert to sains (aku yang seksa diri sendiri sebenarnya) . Apa yang aku fikir , aku da tak bebas nak pakai baju labuh , tudung labuh dsb . Terikat ngan uniform .
Tapi sangkaan aku salah . Kat sini , aku mula kenal banyak benda baru . Sekali lagi , aku rasa pilihan mak ayah aku adalah pilihan terbaik . *Thanks a lot mak ngan ayah .
Now , da hampir 3/4 perjalanan da aku tempuhi sebagai student dip nursing . Kejap sangat masa berlalu . Another 1 sem to go *doakan aku pass dengan cemerlang huhu .
Kalau dulu masa kat smka , aku disuap suap dengan majlis ilmu , kat sini , inisiatif sendiri untuk kau timba ilmu agama . Tak susah pon kalau ada usaha . Alhamdulillah ramai yang bantu . Aku pon x sangka ppum ni 'islamik' jugak sebenarnya . Sapa kata ddk dalam bidang medical line ni xboleh cari ilmu agama ? Absolutely wrong .

Banyak sangat pahit manis hidup kat ppum ni . Mungkin next2 entri kot baru boleh cerita . Paling penting , jangan lupa untuk sematkan tali pergantungan hanya kepada Allah . Dia sebaik baik perancang 😉

**Actually banyak benda yang nak dishare . In shaa Allah ada masa nnt aku update lagi . Terima kasih sudi jenguk2 . Yang baik jadikan teladan , yang buruk buang jauh2 k .

Nak share ayat kesukaan yang aku pegang sebagai penguat semangat , surah al baqarah ayat 216

"...boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya . "




                            😊😁😃😆😄