Thursday

Trauma

All praise to Allah .

Almost a week da aku cuti . Minggu lepas , mcm2 jadi dalam hidup aku . Termasuk hampir melayang nyawa masa otw balik kampung dari KL . Allah masih pinjamkan nyawa . Alhamdulillah . Banyak lagi dosa yang aku belum tebus 😩😩
Lepas abis jpj , terus gegas gi tbs utk cari tiket . Around 3pm . Sampai je , akak kaunter tu cakap , tiket baru sesaat habis dik . Adehh . Nasib la kau . Pening pikir cane nak balik . At last , aku pilih utk ambik tiket penang . Balik sekali ngan kawan .   mula2 ingat nak bagpacking merantau negeri penang la (acah je padahal dekat) ,, bila bgtau mak tiket da abis , mak kata minta driver drop je kat rnr semanggol . Okey , x terfikir langsung .

So nak dijadikan cerita , masa naik bas tu , hati da mula gelisah .macam ada benda x kene je . Rasa x sedap hati . Mungkin sebab penat sama kot . So not in mood . Masuk2 bas terus tidur . Tapi x nyenyak pon la . Sikit2 terjaga . Mn tak nya , driver bas tu hisap rokok . Aku da la memang anti (sorry to say bro) . Kat dinding bas tu terang2 tulis no smoking . Haihh . Dari tbs ke susur keluar KL , hampir 4 batang rokok jugak la dia hisap . Boleh bayang mcm mn aku sesak nafas ddk kat seat depan sekali tu . Mabuk kenderaan lagi satu masalah aku . Bercampur2 jadinya . Terseksa rasa 😭😭
Masa kat highway , biasa la . Bas laju ya amat . Mentang2 la jalan highway , Xde trafik light . Tapi kali ni , driver siap pakai earphone lagi . 2 kesalahan dah dia buat
 Ehh 3 kesalahan . 1)hisap rokok dlm bas 2)bawa laju 3)pakai earphone semasa memandu . Sabar je la 😒 hari hujan . Jalan basah . Dia pulak bawa laju . Aku ddk kat seat tu rasa nak nangis je . Takut tau tak !! Tetiba terdetik nak whatsapp jiha . Bgtau jiha rasa x sedap hati . Sempat bagi no plat bas . Mula la dpt pesanan bertubi2 . Haha . Thanks jiha 😘
Ok sambung , masa sampai kat ipoh , ada kereta rosak ke apa ntah x pasti , bas yg aku naik tu da laju . So bila tetiba ada hazard kat tetengah jalan , guess what . Bas mmg x sempat la nak stop . And finally bas hentam belakang kereta tu . Semua yg tgh tidur nyenyak dalam bas terjaga dengan serta merta sebab bunyi hentakan yang terlalu kuat & bas da hampir terbalik ke seberang jalan . Masa ni , betul2 jadi depan mata aku . Aku duduk seat depan so nmpk dengan jelas apa yg jadi . Trauma rasa nak naik bas lps ni . Huhu . So lepas tu , soh seh soh seh , kami kne tukar bas lain . Sbb bas tu da rosak teruk kat bahagian depan & driver kne tahan ngan polis .
Bila da tukar bas , alhamdulillah  . Cuma driver kali ni pon lelong2 je bawak bas . Berapa kali salah lorong huhh .
Dlm pkl 1 camtu  baru sampai rumah . Kalau ikut kan pkl 11 da sampai . Yes , Allah knows better kan .ada hikmah . Allah bagi peluang lagi utk berbuat baik dan perbaiki kesilapan .

So , tu je nak citer .
Last ,
Moga aku dan kau sentiasa positif dengan setiap inci perancangan Allah ✌